Assalamualaikum...:)

Khalwat Dalam Study Group...??


Assalamualaikum :)
Moga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan limpah kurnia-Nya...amin...

Kehidupan kita semua sebagai seorang pelajar memang sukar dipisahkan dengan study group. Lagi-lagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar macam PMR/SPM.


Entry ni mengambil idea dari majalah Gen-Q. Ana cadangkan antum beli la majalah ni sebab majalah ni memang sesuai dibaca oleh golongan remaja...macam kita :)


Ana rasa semua orang tahu apa tu khalwat kan? Rasa-rasa antum[korang] dah cukup matang untuk membezakan perkara baik dan buruk. Cuma kadang-kadang kita je yang tak nak beramal dengan ilmu yang kita ada tu.

Okey, kita balik pada tajuk. Kenapa pula sesuatu perkara yang baik [study group..baik kan??] boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t. pulak? Hmm..jom tengok ada apa kat sebalik tajuk ni! ^^

Study group atau belajar bersama-sama dalam kumpulan ni merupakan perkara yang bermanfaat kepada kita, pelajar yang sedang menuntut ilmu. Melalui study group la pembelajaran dapat berlaku dengan lebih mudah kerana kita berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan rakan lain. Kiranya ada 'give and take' la. 

Namun, betul la kata pepatah 'rambut sama hitam, hati lain-lain' Manusia mempunyai macam-macam niat dan tujuan yang berbeza dalam hidup mereka. Perkara yang baik mana pun, jika niat dalam hati tu jahat, memang dapat dosa juga la. Contoh, ada satu hadith [asif jiddan, ana x ingt riwayat mana atau statusnya..tp rasanya Abu Hurairah r.a. yg narrates.. =.='] yang mana mafhumnya lebih kurang macam...

"Pada hari Akhirat, ada seorang hamba yang terbunuh di ketika berjihad. Maka Allah s.w.t. pun bertanya, 'Kerana apakah kamu dibunuh?' Hamba itu berkata, 'Aku telah diarah untuk berjihad ke jalan-Mu ya Allah, jadi kerana-Mu aku berlawan dan berperang sehingga aku terbunuh.' Allah akan berfirman 'Kamu berbohong.' Para malaikat juga berkata, 'Kamu berbohong.' Allah berfirman, 'Kamu hanya ingin dikatakan berani oleh orang, dan setakat itu sahaja,' Kemudian hamba itu dimasukkan ke dalam neraka."

Nauzubillah min zalik...lihatlah. Hamba itu berjuang di jalan Allah sehingga mati. Sungguh mulia perbuatan itu. Tetapi kerana niatnya yang ingin disanjung orang, akhirnya dia dimasukkan ke dalam neraka...

Okey. Tentang study group dan maksiat. Maksiat antara lelaki dan perempuan ni mudah je berlaku di mana saja. Asal ada lelaki dan perempuan, dengan syaitan sebagai pihak ketiga, maka senang la maksiat tu terjadi. Kita kena ingat tu! Sebab itu la disuruh jaga ikhtilat[pergaulan antara lelaki&perempuan]...tidak la berlaku hal-hal tersentuh tangan ke..terbuka aurat secara tak sengaja ke apa ke...

Hmm...

Nak cakap kat sini, PEREMPUAN merupakan punca utama berlakunya maksiat/khalwat dalam study group ni. Bukan la nak diskriminasi jantina ke apa. Bukan juga bermaksud lelaki tak salah langsung...lelaki salah jugak...tapi perempuan ni umpamanya minyak tanah kepada pelita la..kalau tak ada minyak tanah maka tak berapi la pelita tu. Tapi kalau ada minyak tanah, sehari suntuk la pelita tu menyala dengan maraknya...[err sorry, termerapu pasal pelita pulak =.="] Oleh itu, ada beberapa perkara yang patut dijauhi supaya takde berlaku khalwat/maksiat dalam study group ni...



YANG PERTAMA...
Jangan guna suara yang manja/menggoda
Dah memang suara perempuan semulajadi lembut dan manja...jadinya, pandai-pandai la jaga anugerah Allah tu. Kenapa lak tak boleh guna suara manja?? Sebab...suara manja tu akan mengundang nafsu lelaki. Nafsu yang tak dapat dikawal akan melencongkan tujuan sebenar study group itu kepada perkara yang bukan-bukan pulak. Jadi buat akhawat[sisters], tegaskan suara anda ketika berbicara dengan lelaki ajnabi. Kalau mereka terasa hati, biar je la, bukan suami antunna pun![ni pendapat peribadi ana, jadi boleh condemn kalau x puas hati k..] *antunna=anda semua[utk all-girls]



YANG KEDUA...
Jangan pakai wangi-wangian
Ni lagi satu la hal akhawat ni..MINYAK WANGI. Di zaman Jahilliyah, para PELACUR akan memakai GELANG KAKI dan MINYAK WANGI untuk menarik para pelanggan. Sebab tu la diharamkan bagi Muslimah untuk memakai minyak wangi yang kuat hingga boleh dibau[ke dihidu?] oleh lelaki ajnabi. Almaklumlah, nafsu lelaki ni senang tergoda. Iman pun senang je goyang dengan perempuan-perempuan yang tidak menjaga syariat dan ikhtilat. Sebab itu la,akhawat jangan pakai minyak wangi ye dalam study group...bukan dalam study group je, dalam kehidupan seharian pun. Kalau rasa-rasa anti[awak utk perempuan] sorang je yang boleh bau minyak wangi yang anti pakai tu, tak kisah la. Tapi jaga-jaga jangan sampai lelaki bau!


YANG KETIGA...
Jaga adab dan batas-batas pergaulan
Biasa la kalau dah study sama-sama, mana la tak berborak, kan? Kalau tak banyak, sikit mesti ada punya. Jadi, jaga la adab masing-masing. Kalau nak bergurau pun jangan melampaui batas. Jangan berbual perkara-perkara lagho[sia2] okey! Dan ingat juga bahawa bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah HARAM. Haram wei, berdosa. Jadi, jaga la pergaulan anda sebaik mungkin...:)



YANG KEEMPAT...
Memakai pakaian yang menutup aurat
Rasa-rasa semua dah tahu takat mana aurat masing-masing, baik lelaki, baik perempuan. Tetapi kenapa antum selalu tak ambil kisah ek? Terutamanya perempuan[sekali lagi, bkn nk condemn perempuan okey??]. Sebab aurat perempuan ni kan banyak, itu la kena jaga lebih sikit...bakal bidadari syurga la katakan...:) Alhamdulillah di maktab ni semua akhawat pakai tudung. Cuma tahap 'keKETATan'[wujud ke pkataan ni??] baju/seluar tu..tak menepati piawaian Islam lagi. Tu bukan tutup aurat namanya tu kak, tu BUNGKUS aurat. Kalau bungkus aurat, sia-sia je la. Lelaki boleh nampak segala-segalanya...err..antunna tak segan ke? Jadi, longgarkan dan labuhkanlah T-shirt antunna. Mata lelaki ni liar, susah dijaga. Jangan la pulak diri antunna menjadi tempat pemuas nafsu lelaki tanpa antunna sedari...nauzubillah min zalik...



YANG KELIMA...
Pilih tempat yang sesuai
Kita sedia maklum, tempat pun memainkan peranan yang besar dalam berlakunya sesuatu maksiat itu...contoh, kalau pasangan kekasih nak buat benda yang tak sepatutnya, mesti la cari tempat gelap, yang tersorok, yang tak ramai orang dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Jadi, cari la tempat-tempat yang ramai orang dan tak tersorok untuk buat study group tu. Kadang-kadang tujuan antum nak belajar dah elok dah, dah molek dah jaga pergaulan, jaga aurat segala...tapi alih-alih lokasinya, dalam kelas yang tertutup. Dah disebabkan orang lain tak nampak apa yang antum buat, maka syaitan-syaitan durjana mula la menghasut hati-hati antum untuk melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya...Jadi, cari tempat-tempat terbuka atau ada ramai orang yang boleh tengok antum tengah ber'study group',okey? Orang lain pun tak ada la salah sangka.

YANG KEENAM...[last but not least]
Jangan berdua-duaan dalam study group kalau berlainan jantina
Hmm..ada juga la yang katanya nak jugak-jugak belajar dengan jantina yang berlawanan, katanya untuk mendapat 'point of view' daripada kedua-dua jantina tentang sesuatu perkara[ye la..lelaki dgn perempuan kan x sama cara fikir]. Kalau dah macam tu, jangan la berdua-dua je. Tarik la kawan-kawan yang sama jantina dengan antum sekali. Selain untuk mengelakkan fitnah, kira antum berkongsi ilmu dengan ramai sikit orang la...dapat pahala :)

Apa-apa pun, macam yang mak ana selalu cakap[hehe..takde, saje nk promo kepentingan nasihat ibu pulak], pokok pangkalnya, hati. Jika kuat iman di dada maka in sha Allah semua akan berjalan dengan lancar...:) Tapi maklumlah, iman ni pun ada pasang surutnya. Manusia biasa, kan? Jika rasa-rasa iman dah surut, dosa dah banyak, cepat-cepat la bertaubat dan kembali pada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...:)

Menuntut ilmu merupakan perkara yang sangat dituntut di dalam Islam. Ianya ialah perkara yang mulia. Janganlah kita mencampurkan perkara yang mulia ini dengan maksiat pula. Bak kata Imam Syafie..."Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah itu tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat."

Semoga Allah merahmati :)


Dai'e Muda :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~ :)


Ahli2 Badar seringkali dikaitkan dengan dakwah. Hmm..sudah namanya pun Badan DAKWAH dan Rohani kan...hehe. Kalau mcm tu, rasa2nya layak kot kami digelar DAI'E. Dai'e tu mksudnya pendakwah...
Tidak dinafikan, kebanyakan warga MRSM Kepala Batas seringkali tak puas hati apabila kami menegur kesalahan antum[kamu semua]. Mungkin la sebab kami ni tak berhikmah dalam menegur. Kami mintak maaf la banyak2 ye...
Memang ada dai'e muda yang menyakitkan hati. Kadang2 cabul benar mulutnya menegur orang. Macam mana la orang nak lembut hati...Memang la kita ni sakit hati kalau tengok orang buat salah...darah muda la katakan...
Aduh sahabat2...dalam berdakwah ni, kita kena SABAR. Kita kena ingat, setiap orang ingin rasa dihargai dan dihormati sebagai rakan. Mereka juga punya perasaan. Jadi kita perlulah faham mereka.
Bila ditegur kali pertama, diorang akan fikir "Aku buat salah ke?". Jadi pada teguran pertama seseorang itu belum lagi mengalami proses penerimaan teguran. Mereka tengah mencari mana yang silap pada diri mereka.
Selalunya ego akan menguasai diri (tidak kira la lelaki ke perempuan) dan mereka akan mencari jalan membela diri yang diri mereka tak salah.
Kita sebagai da'ie harus terima pendapat mereka dan cuba menerima sifat atau tabiat diri mereka yang sukar diubah, namun dalam senyap kita terangkan tabiatnya yang perlu diperbaiki!
Tapi janganlah harap dengan sekali sahaja anda tegur mereka akan berubah, anda harus bersabar dan sentiasa mengingatinya.
Dalam proses menegur sekali lagi (mengingatkan mereka ketika buat salah), haruslah pandai mengambil hati mereka dengan memuji perbuatan baik yang mereka lakukan, dengan itu mereka akan rasa dihargai.
Boleh juga puji akan perubahan yang kita nampak pada diri mereka walaupun sedikit. Ketika itu juga kaitkan dengan prinsip akhlak agar mereka berminat dan tertarik dengan ciri seorang muslim sebenar sedikit demi sedikit.
Apabila kita sudah rapat dan sentiasa ambil berat tentangnya, pada masa yang sama mereka akan sedar bahawa apa yang kita nasihat dan tegur adalah untuk kebaikan dirinya. Mereka akan fikir kembali untuk menjadi yang lebih baik dan cuba buang tabiat buruk mereka.
Yang penting, kita sebagai da'ie kena bagi sokongan, bukan tomahan kalau dakwah kita tidak berkesan. Kerana sebenarnya kesannya pada hati mereka bukan kelakuan, nafsu dan akal sedang berperang.
Mereka ini ada effort tetapi belum cukup kekuatan. Kita sebagai da'ie yang penyayang dan prihatin haruslah mendoakannya sentiasa dan memahaminya.
Entri ini hanya menunjukkan cara dakwah yang umum atau asas kerana setiap lorong dakwah mempunyai orang dan situasi yang berbeza. Jadi cara dakwah tidak boleh serupa sahaja.
Adakala perlu tegas, adakala perlu lembut. Tapi pastikan tegur bukan kerana marah dengan mereka. Marah dengan sikap mereka itu betul, tetapi sertakan kasih dan sayang pada diri mereka, agar mereka faham betul-betul niat kita.
Pandangan orang sekarang pada para da'ie 'poyo', 'bajet alim', 'perasan diri dia je betul', sakit hati kerana macam diri orang itu sahaja yang salah.
Maka para da'ie bersikap adillah dan jadilah qudwah hasanah. :)


-adaptasi drpd artikel iluvislam.com
Semoga Allah merahmati.

Mutmainnah dan Kisah Nafsu


alt







Usai maghrib, Mutmainnah mengesat air mata. Betapa deras ia mengalir sementelahan hatinya semakin tegang menghitung khilaf yang dilakukan sehari-hari. Sedar mahupun separa sedar. Bukan dengan Sang Khaliq sahaja, bahkan dengan ciptaan-Nya juga. Bukan dia tidak pernah menyesal suatu ketika dulu. Dia pernah! Tapi, dia tersungkur lagi..
Air jernih menyelusuri pipi. Dibiarkannya sahaja. Perempuan dan air mata ibarat sahabat sejati. Wudhu' itu ikatannya. Itu kata ibu Mutmainnah. Lantas, Mushaf 'Uthmani digapainya. Sudah seminggu dia tidak menyentuh kitab suci itu lantaran telah dilarang oleh Allah kepada kaumnya agar tidak menyentuh dan membaca kalam itu untuk suatu tempoh tertentu. Walaupun pada hakikatnya teman-temannya sering mengingatkan, jangan lupa zikir itu masih ada. Setiap langkah kamu ke dewan kuliah, pulang ke bilik, mahu ke mana-mana sahaja, lidah kamu masih tidak dihijabkan untuk menyebut nama-Nya, puji agung-Nya.
Mutmainnah akui itu semua tetapi tatkala bibir mula bergerak-gerak, pasti Syaitan mula memadam ingatan dan mengalihkan pandangannya.
"Mutmainnah, cuba lihat sana! Baiknya lelaki itu kan? Jalan tak pandang perempuan pun."
"Mutmainnah, tak payah la terkumat-kamit macam tu.. Nanti orang ingat kamu sewel pula"
"Mutmainnah...ini"
"Mutmainnah...itu.."
"Aku memohon ampun dari-Mu ya Allah!" Mukanya diraup entah buat ke berapa kali. Jutaan penyesalan dilontarkan untuk mendambakan keampunan Tuannya.
Tenang, diam, dan dengan perlahan-lahan dia menyelak halaman yang ditanda minggu lepas.
Ayat 125 dari surah al-An'am dibacanya dengan tartil, kemudian disambung pula dengan ayat 126. Dia berhenti seketika, bagaikan ada magnet yang menariknya untuk mentadabbur ayat tersebut. Terjemahan dibuka dan diteliti maknanya..
"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran."
Air matanya lebat lagi. Tanda kesyukuran kerana tatkala bergelumang dengan karat-karat dunia, dia masih layak untuk dipimpin bagi menerima taufiq-Nya. Dia tidak memandang ke belakang lagi. Dia dahaga! Dia lapar! Dia rakus menyantap hidayah Allah yang mencurah-curah jatuh seolah-olah cuba untuk menyucikan hatinya yang sering berbolak-balik itu.
"Kalau benar aku sentiasa mohon untuk berlindung dengan Allah dari syaitan, kenapalah aku masih terdorong untuk menghampiri lereng-lereng dosa ni?" Mutmainnah terfikir lagi selepas menamatkan bacaannya pada malam itu. Mushaf biru itu disimpan kembali ke tempat asal. Dengan seragam putih yang masih tersarung, dia ingin mengisi malam-malam bercahaya itu dengan muhasabah.
Dia teringat kembali buku yang pernah dibacanya suatu ketika dulu, 'Personaliti Wanita Yang Disayangi Allah & Rasul'. Buku itulah yang menjadi hadiah hari lahirnya yang ke-22 oleh kakaknya, Mardhiyah..
Wanita itu banyaknya nafsu 90 peratus manakala akalnya 10 peratus sahaja. Tetapi berbeza bagi sang laki-laki, 90 peratus itu akalnya tetapi nafsunya 10 peratus sahaja.
Maka beruntunglah bagi si wanita kerana telah dianugerahkan sang laki-laki sebagai pemimpinnya, kerana sang laki-laki itu banyak akalnya yang mampu mendidik dan menunduk nafsu si wanita tersebut.
"Eh.. betul ke wanita ada banyak nafsu. Aku tengok zaman sekarang lelaki yang berlebihan nafsunya dari wanita." Desis hati kecilnya ketika itu.
Lantas, malam khamis tiga minggu lalu yang menjadi kebiasaan untuk Mutmainnah dan akhawat lain untuk menerima tarbiah dari naqibah mereka tidak dipersia-siakannya.
"Kak Aishah, kenapa Allah bagi kaum kita ni banyak nafsu?"
"Oh.. kaya la kita ada banyak nafsu.. hehe" Kak Aishah cuba berseloroh memulakan muqaddimah.
"Ala akak ni.. takkan nak bergelar jutawan nafsu pulak.. mentang-mentang baru balik Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan minggu lepas ye.." Mutmainnah menyakat naqibahnya itu kembali.
Seronok. Antara mereka tiada jurang. Walaupun bergelar seorang naqibah yang sudah berkahwin dan berkerjaya pula sebagai seorang jurutera, Kak Aishah tidak pernah meletakkan jurang yang tinggi antara dia dan mad'unya.. Uslub tarbiyah yang menarik barangkali.
"Begini Ina, sebenarnya dalam dunia ni, nafsu ada tujuh peringkat.. dan bukan semua nafsu yang Allah cipta itu tidak bagus.." Kak Aishah menarik nafas panjang sebelum meneruskan bicaranya...
"Nafsu pertama ialah Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa apbila diuji. Mereka tidak sedih dan tidak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan."
"Contohnya kak?", sampuk mereka tidak sabar.
"Contohnya?? Emm.. macam ni.. Seorang wanita yang mengaku Islam tetapi bangga apabila tidak menutup aurat. Dia tahu hukum menutup aurat itu wajib tetapi tidak pernah berasa berdosa apabila tidak memakai tudung atau apabila memakai pakaian jarang.."
"Yang kedua, nafsu Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tetapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya' apabila melakukan sesuatu kebaikan."
"Kak, macam mana nak elak nafsu Lawwamah ni ek?" soal mereka lagi.
"Mujahadatunnafs! Jihad melawan nafsu. Sebenarnya, nafsu jahat dan Iman sering berlumba-lumba untuk memenangi kita. Kita manusia, siap berakal lagi! Maka, pergunakanlah akal pemberian Allah ini dengan cara yang paling waras."
"Terima kasih kak... ok, sila sambung lagi.. ehe".
"Ye baik cik adik... nafsu ketiga ialah Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai apabila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar... bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja. Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu je.."
"Martabat seterusnya ialah nafsu Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah s.w.t. dan layak memasuki Syurga-Nya", kak Aishah berhenti seketika.. mengambil nafas barangkali... fikir Mutmainnah yang masih tersengih-sengih tatkala namanya disebut sebagai salah satu peringkat nafsu yang layak ke Syurga.
"Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ni memiliki sifat pemurah yang amat sangat. Wang di tangan mereka tidak pernah lekat kerana kerapnya bersedekah. Mereka juga kuat beribadah dan memiliki taqwa yang sebenar iaitu takut dan harap."
Oh.. sesungguhnya nama tidak dapat mewarisi peringkat nafsu! huhu.. Mutmainnah hanya mampu mendengus di dalam hati. Dia masih ingat lagi kisah 'Takut & Harap Saidina Umar' yang mana apabila ditanyakan oleh Rasulullah s.a.w..
"Hai Umar, apa yang kamu maksudkan dengan TAQWA?"
Jawab Umar "TAKUT dan HARAP... iaitu aku takut jika semua manusia layak ke Syurga kecuali aku dan andaikata jika seorang saja manusia yang layak ke Syurga, aku berharap itulah aku."
"Ok.. nak sambung lagi ke?" Kak Aishah memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka sebentar tadi..
"Nak.. nak.." Nusaibah, sahabat mereka dari Baling, Kedah cepat-cepat menjawab. Fuh, bersemangat.
"Seterusnya ialah nafsu Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenal ialah keampunan dan redha Allah sahaja."
"Oh.. ini macam tahap wali-wali Allah la ni ye kak?"
"Ya.. selain itu wali-wali Allah ini dianugerahkan dengan kelebihan memiliki firasat yang tinggi." Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya :
"Takutilah akan firasat orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan nur [petunjuk] Allah s.w.t.. [riwayat At-Termizi]
"oh.. macam tu rupanya.." sampuk Anisa, teman sehalaqah mereka juga.
"Ok.. Akak sambung sikit lagi ye.. Dua saja lagi.. akak cuba ringkaskan. Yang keenam ialah nafsu Mardhiyah, iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah s.w.t. dan yang paling seronok, setiap perbuatan mereka pasti Allah telah redha.. seronok kan?"
"Ha'ah.. seronoknya kalau setiap amal kita confirm and confidence je Allah redha.."
"Conclusion, buat yang Allah suruh, tinggal yang Allah larang! Hoho.. seronok je akak cakap macam ni kan?.. Payah nak buat tu dik, payah..! sebab tu la, kita diberi peluang untuk istighfar. Leka dan terus memohon ampun. It is the best formula!"
"Dan yang last ialah nafsu Kamilah, peringkat yang hanya mampu diperoleh oleh para Rasul, para Nabi dan wali Allah. Betapa hebatnya mereka, setiap detik amal di dalam kehidupan mereka hanya Allah tujuannya. Tiada dunia dan segala isinya. SubhanaLlah!"
"Fuh.. semput akak nak habiskan semua peringkat nafsu tu... ok, semua dapat dan faham?"
"Dapat kak.." jawab mereka serentak.
"Ha.. good girls! Sekarang, akak nak kamu semua nilai balik nafsu masing-masing di peringkat mana. Muhasabah itu mesti! Ingat, penciptaan nafsu oleh Allah s.w.t. itu cantik. Ada nafsu yang baik dan jahat. Jadi, tak boleh nak pertikaikan lagi kenapa wanita tu ada banyak nafsu sebab kalau dia pandai menundukkan nafsunya, insya-Allah akal dan nafsu tu akan berjalan seiring.."
"Lagi satu, walaupun nafsu yang baik tu seolah-olah payah untuk kita nak dapat, tetapi kita tidak boleh putus asa. Contohnya, kalau Ina nak dapatkan peringkat nafsu Mutmainnah tu, kena jihad lebih la ye sayang.."
"Err.. hehe.. InsyaAllah kak!" Tersengih-sengih Mutmainnah. Macam tahu-tahu je aku tengah terfikir tentang tahap nafsu tu.
Kata-kata itu masih terngiang-ngiang sampai malam ini. Ya, mungkin aku terlalu mengikut nafsu yang kurang baik menyebabkan aku terjebak untuk melakukan dosa-dosa kepada Allah. Mungkin bagi mereka di luar sana, khilaf yang dilakukannya itu sekadar dosa-dosa kecil yang boleh diampunkan Allah bila-bila masa. Tetapi tidak bagi Mutmainnah, selagi mana tindakannya itu bakal menghantar kakinya untuk selangkah ke neraka, dia tidak tega untuk terus berasa bersalah!
Hurm.. alhamduliLlah, jiwa aku makin damai sekarang. Aku tahu Allah sayang pada aku. Moga hijrah aku kali ini lebih bererti. Aku yakin dengan izin Allah! Mutmainnah sudah mampu tersenyum. Malam 10 Muharam 1432 hijrah ini amat bermakna baginya. Dia telah menemui erti hijrah yang sebenar-benarnya. Esok, hari asyura..insya-Allah, dia akan berpuasa sebagaimana disunatkan berpuasa. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Puasa 'Asyura akan menghapuskan dosa setahun yang lalu. [riwayat Imam Muslim]
Moga Allah terima taubat hamba-hamba yang suka meminta-minta tetapi tidak pernah lupa untuk bersyukur pada-Nya! Ameeenn..

Popular Posts