Assalamualaikum :)
Moga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan limpah kurnia-Nya...amin...
Kehidupan kita semua sebagai seorang pelajar memang sukar dipisahkan dengan study group. Lagi-lagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar macam PMR/SPM.
Entry ni mengambil idea dari majalah Gen-Q. Ana cadangkan antum beli la majalah ni sebab majalah ni memang sesuai dibaca oleh golongan remaja...macam kita :)
Ana rasa semua orang tahu apa tu khalwat kan? Rasa-rasa antum[korang] dah cukup matang untuk membezakan perkara baik dan buruk. Cuma kadang-kadang kita je yang tak nak beramal dengan ilmu yang kita ada tu.
Okey, kita balik pada tajuk. Kenapa pula sesuatu perkara yang baik [study group..baik kan??] boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t. pulak? Hmm..jom tengok ada apa kat sebalik tajuk ni! ^^
Study group atau belajar bersama-sama dalam kumpulan ni merupakan perkara yang bermanfaat kepada kita, pelajar yang sedang menuntut ilmu. Melalui study group la pembelajaran dapat berlaku dengan lebih mudah kerana kita berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan rakan lain. Kiranya ada 'give and take' la.
Namun, betul la kata pepatah 'rambut sama hitam, hati lain-lain' Manusia mempunyai macam-macam niat dan tujuan yang berbeza dalam hidup mereka. Perkara yang baik mana pun, jika niat dalam hati tu jahat, memang dapat dosa juga la. Contoh, ada satu hadith [asif jiddan, ana x ingt riwayat mana atau statusnya..tp rasanya Abu Hurairah r.a. yg narrates.. =.='] yang mana mafhumnya lebih kurang macam...
"Pada hari Akhirat, ada seorang hamba yang terbunuh di ketika berjihad. Maka Allah s.w.t. pun bertanya, 'Kerana apakah kamu dibunuh?' Hamba itu berkata, 'Aku telah diarah untuk berjihad ke jalan-Mu ya Allah, jadi kerana-Mu aku berlawan dan berperang sehingga aku terbunuh.' Allah akan berfirman 'Kamu berbohong.' Para malaikat juga berkata, 'Kamu berbohong.' Allah berfirman, 'Kamu hanya ingin dikatakan berani oleh orang, dan setakat itu sahaja,' Kemudian hamba itu dimasukkan ke dalam neraka."
Nauzubillah min zalik...lihatlah. Hamba itu berjuang di jalan Allah sehingga mati. Sungguh mulia perbuatan itu. Tetapi kerana niatnya yang ingin disanjung orang, akhirnya dia dimasukkan ke dalam neraka...
Okey. Tentang study group dan maksiat. Maksiat antara lelaki dan perempuan ni mudah je berlaku di mana saja. Asal ada lelaki dan perempuan, dengan syaitan sebagai pihak ketiga, maka senang la maksiat tu terjadi. Kita kena ingat tu! Sebab itu la disuruh jaga ikhtilat[pergaulan antara lelaki&perempuan]...tidak la berlaku hal-hal tersentuh tangan ke..terbuka aurat secara tak sengaja ke apa ke...
Hmm...
Nak cakap kat sini, PEREMPUAN merupakan punca utama berlakunya maksiat/khalwat dalam study group ni. Bukan la nak diskriminasi jantina ke apa. Bukan juga bermaksud lelaki tak salah langsung...lelaki salah jugak...tapi perempuan ni umpamanya minyak tanah kepada pelita la..kalau tak ada minyak tanah maka tak berapi la pelita tu. Tapi kalau ada minyak tanah, sehari suntuk la pelita tu menyala dengan maraknya...[err sorry, termerapu pasal pelita pulak =.="] Oleh itu, ada beberapa perkara yang patut dijauhi supaya takde berlaku khalwat/maksiat dalam study group ni...
YANG PERTAMA...
Jangan guna suara yang manja/menggoda
Dah memang suara perempuan semulajadi lembut dan manja...jadinya, pandai-pandai la jaga anugerah Allah tu. Kenapa lak tak boleh guna suara manja?? Sebab...suara manja tu akan mengundang nafsu lelaki. Nafsu yang tak dapat dikawal akan melencongkan tujuan sebenar study group itu kepada perkara yang bukan-bukan pulak. Jadi buat akhawat[sisters], tegaskan suara anda ketika berbicara dengan lelaki ajnabi. Kalau mereka terasa hati, biar je la, bukan suami antunna pun![ni pendapat peribadi ana, jadi boleh condemn kalau x puas hati k..] *antunna=anda semua[utk all-girls]
YANG KEDUA...
Jangan pakai wangi-wangian
Ni lagi satu la hal akhawat ni..MINYAK WANGI. Di zaman Jahilliyah, para PELACUR akan memakai GELANG KAKI dan MINYAK WANGI untuk menarik para pelanggan. Sebab tu la diharamkan bagi Muslimah untuk memakai minyak wangi yang kuat hingga boleh dibau[ke dihidu?] oleh lelaki ajnabi. Almaklumlah, nafsu lelaki ni senang tergoda. Iman pun senang je goyang dengan perempuan-perempuan yang tidak menjaga syariat dan ikhtilat. Sebab itu la,akhawat jangan pakai minyak wangi ye dalam study group...bukan dalam study group je, dalam kehidupan seharian pun. Kalau rasa-rasa anti[awak utk perempuan] sorang je yang boleh bau minyak wangi yang anti pakai tu, tak kisah la. Tapi jaga-jaga jangan sampai lelaki bau!
YANG KETIGA...
Jaga adab dan batas-batas pergaulan
Biasa la kalau dah study sama-sama, mana la tak berborak, kan? Kalau tak banyak, sikit mesti ada punya. Jadi, jaga la adab masing-masing. Kalau nak bergurau pun jangan melampaui batas. Jangan berbual perkara-perkara lagho[sia2] okey! Dan ingat juga bahawa bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah HARAM. Haram wei, berdosa. Jadi, jaga la pergaulan anda sebaik mungkin...:)
YANG KEEMPAT...
Memakai pakaian yang menutup aurat
Rasa-rasa semua dah tahu takat mana aurat masing-masing, baik lelaki, baik perempuan. Tetapi kenapa antum selalu tak ambil kisah ek? Terutamanya perempuan[sekali lagi, bkn nk condemn perempuan okey??]. Sebab aurat perempuan ni kan banyak, itu la kena jaga lebih sikit...bakal bidadari syurga la katakan...:) Alhamdulillah di maktab ni semua akhawat pakai tudung. Cuma tahap 'keKETATan'[wujud ke pkataan ni??] baju/seluar tu..tak menepati piawaian Islam lagi. Tu bukan tutup aurat namanya tu kak, tu BUNGKUS aurat. Kalau bungkus aurat, sia-sia je la. Lelaki boleh nampak segala-segalanya...err..antunna tak segan ke? Jadi, longgarkan dan labuhkanlah T-shirt antunna. Mata lelaki ni liar, susah dijaga. Jangan la pulak diri antunna menjadi tempat pemuas nafsu lelaki tanpa antunna sedari...nauzubillah min zalik...
YANG KELIMA...
Pilih tempat yang sesuai
Kita sedia maklum, tempat pun memainkan peranan yang besar dalam berlakunya sesuatu maksiat itu...contoh, kalau pasangan kekasih nak buat benda yang tak sepatutnya, mesti la cari tempat gelap, yang tersorok, yang tak ramai orang dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Jadi, cari la tempat-tempat yang ramai orang dan tak tersorok untuk buat study group tu. Kadang-kadang tujuan antum nak belajar dah elok dah, dah molek dah jaga pergaulan, jaga aurat segala...tapi alih-alih lokasinya, dalam kelas yang tertutup. Dah disebabkan orang lain tak nampak apa yang antum buat, maka syaitan-syaitan durjana mula la menghasut hati-hati antum untuk melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya...Jadi, cari tempat-tempat terbuka atau ada ramai orang yang boleh tengok antum tengah ber'study group',okey? Orang lain pun tak ada la salah sangka.
YANG KEENAM...[last but not least]
Jangan berdua-duaan dalam study group kalau berlainan jantina
Hmm..ada juga la yang katanya nak jugak-jugak belajar dengan jantina yang berlawanan, katanya untuk mendapat 'point of view' daripada kedua-dua jantina tentang sesuatu perkara[ye la..lelaki dgn perempuan kan x sama cara fikir]. Kalau dah macam tu, jangan la berdua-dua je. Tarik la kawan-kawan yang sama jantina dengan antum sekali. Selain untuk mengelakkan fitnah, kira antum berkongsi ilmu dengan ramai sikit orang la...dapat pahala :)
Apa-apa pun, macam yang mak ana selalu cakap[hehe..takde, saje nk promo kepentingan nasihat ibu pulak], pokok pangkalnya, hati. Jika kuat iman di dada maka in sha Allah semua akan berjalan dengan lancar...:) Tapi maklumlah, iman ni pun ada pasang surutnya. Manusia biasa, kan? Jika rasa-rasa iman dah surut, dosa dah banyak, cepat-cepat la bertaubat dan kembali pada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...:)
Menuntut ilmu merupakan perkara yang sangat dituntut di dalam Islam. Ianya ialah perkara yang mulia. Janganlah kita mencampurkan perkara yang mulia ini dengan maksiat pula. Bak kata Imam Syafie..."Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah itu tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat."
Semoga Allah merahmati :)